TEMA KERJA KURSUS 3763-2 SPM 2013

Berikut merupakan draf bagi tajuk SPM 2013.

TEMA KERJA KURSUS 3763-2 2013.doc

KEPUTUSAN SPM 2011

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011 telah pun diumumkan. Alhamdulillah…Subjek Rekacipta di SMK Ghafar Baba masih lagi mengekalkan lulus 100% , walaupun GPMP menurun iaitu 2.36 tahun 2011 berbanding tahun 2010 iaitu 1.58.

Bilangan murid yang mendapat A adalah seramai 2 orang, A- 10 orang dan B+ 10 orang. Diharapkan kecemerlangan calon-calon SPM 2011 menjadi pemangkin semangat kepada calon-calon Rekacipta SPM 2012. Tahniah diucapkan kepada En Molkan yang banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada calon-calon SPM RC dan semua calon SPM 2011. Bagi calon SPM 2012, diharapkan anda semua berusaha untuk mencapai kecemerlangan pada diri, keluarga ,sekolah dan negara. Insya ALLAH.

 

Lakaran 1.3 bermula

Salam sejahtera kepada semua blogger..

Kali ini,calon SMK Ghafar Baba tengah sibuk membuat lakaran. Berikut merupakan aktiviti lakaran dan salah satu contoh penyataan masalah yang berkaitan.Semoga kita dapat kongsi bersama idea ini dan dapat menyelesaikan kerja kursus tahun 2012 dengan sempurna.Insya ALLAH

 

Salam Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelayar blogger Rekacipta SMK Ghafar Baba.

Harap tidak terlambat mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2012. Tahun ini juga, apabila sekolah dibuka, di SMK Ghafar Baba juga mula lah sibuk dengan penyiapan kerja kursus folio RC untuk SPM 2012.

Alhamdulillah…cuti sekolah yang lalu, murid-murid atau lebih sedap lagi boleh dipanggil calon-calon SPM 2012 telah pun menyiapkan lakaran idea sepertimana yang di minta sebelum cuti sekolah 2011 melabuhkan tirainya.

Tanpa sedari, kita sudahpun masuk ke dalam bulan Februari. Tinggal tidak beberapa lama lagi, penilaian kerja kursus akan dilaksanakan. Calon-calon mula sibuk mengembangkan Lakaran perkembangan  idea masing-masing, iaitu bagi tajuk dalam 1.3 ; Lakaran idea berdasarkan dua kaedah yang berbeza

Tahun ini, majoriti calon-calon SMK Ghafar Baba memilih dua tema , iaitu tema Pengeringan dan Tema Pemanasan. Antara Pengeringan yang dilakukan adalah mengering ikan kering, sotong kering, ubi kayu dan lain-lain. Bagi tema pemanasan, calon membuat pemanasan air milo, kuah, sup, ikan bakar mahupun ayam bakar

Apa pun, diharapkan semua calon-calon Rekacipta 2012 ini dapat melakukan yang terbaik.

Aktiviti Bulan Bitara Akademik 2011

Pada tahun ini, Panitia Rekacipta sekali lagi mengambil bahagian dalam Bulan Bitara Akademik 2011, SMK Ghafar Baba.

Pertandingan yang dipertandingkan pada tahun ini ialah Pertandingan Mereka Cipta Model berasaskan Foam. Pertandingan ini dibuka kepada murid Rekacipta, Tingkatan 4T3.

Pertandingan dimulakan pada 20 Julai 2011, dimana murid diberi taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan. Syarat-syaratnya ialah

a. penyertaan secara berkumpulan.

b. penyertaan mesti dari kalangan pelajar tingkatan 4 sahaja.

Pada 27 Julai 2011, murid mempertunjukkan model yang disiap, dan mewarnakannya mengikut model yang murid rekakan.

Secara keseluruhan, pertandingan ini berjalan dengan lancar dimana dapat mendedahkan kreativiti murid mengenai mereka sesuatu ciptaan mengikut daya inovasi mereka sendiri. Diharapkan pertandingan ini dapat memupuk semangat kerjasama diantara murid dalam menjayakan sesuatu kerja dengan baik dan sempurna.

 

Maklumat tentang tema Kerja Kursus SPM 2012

   

 

TEMA KERJA KURSUS REKA CIPTA SPM 2012

 

PENYUKATAN

1.1 Bidang

Kepenggunaan.

1.2 Pengenalan

Menyukat merupakan satu proses kerja yang dilakukan
supaya sesuatu yang disukat tepat/jitu.

1.3 Fokus Reka Ciptaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti menyukat sesuatu
benda/barangan pengguna.

1.4 Takrif

Penyukatan merupakan suatu proses kerja untuk menyukat/mengukur benda/barang
pengguna supaya tepat/jitu.

Kamus Dewan : Penyukat : alat yang digunakan untuk menyukat
(mengukur dan lain-lain)
Penyukatan : perbuatan menyukat
Menyukat : i – mengukur dengan sukat
ii – mengukur (panjang,luas,isi)

1.5 Kaedah Menyukat

Mengukur/ menimbang/ menghitung/ membilang/ mengira
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

2.0 PEMANASAN

2.1 Bidang

Pengurusan makanan.

2.2 Pengenalan

Memanas merupakan satu proses kerja yang dilakukan supaya makanan/ minuman
berkeadaan panas.

2.3 Fokus Reka Ciptaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti memanasi makanan/minuman
yang telah dimasak/disediakan.

2.4 Takrif

Pemanasan merupakan suatu proses kerja memanasi makanan / minuman yang
dimasak/disediakan dari keadaan sejuk ke keadaan panas atau kekal berkeadaan
panas.

Kamus Dewan : Pemanasan : perihal memanasi (makanan)
Memanasi : i: menghangatkan
ii: menambah panas

2.5 Kaedah Memanas

Membakar/ memanggang/ menggril/ menggoreng/ mengukus/ merebus/mereneh/ mendidih
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

3.0 PENGERINGAN

3.1 Bidang

Pertanian.

3.2 Pengenalan

Mengering merupakan satu proses kerja yang dilakukan terhadap sesuatu hasil
pertanian supaya tidak berair/lembap.

3.3 Fokus Reka Ciptaaan

Reka ciptaan yang dihasilkan untuk melakukan aktiviti mengeringkan hasil
pertanian.
3.4 Takrif

Pengeringan merupakan suatu proses kerja menyingkir/mengurangkan kandungan
air pada hasil pertanian.

Kamus Dewan : Pengeringan : perihal mengeringi/mengeringkan
Mengeringi : membiarkan supaya menjadi kering

3.5 Kaedah Mengering

Menghembus/ memanas/ menyalai/ mengempar/ mengangin/ menyejat/
menjemur/ membentang/ memerah
(kaedah yang dipilih mesti yang tersenarai sahaja).

 

Sudah dapat idea untuk membuatnya?????

 

KERJA KURSUS REKACIPTA 2012 BERMULA..

Salam Satu Malaysia semua pengunjung blog Panitia Rekacipta SMK Ghafar Baba.

Bulan ini bermulalah episod baru bagi murid Tingkatan 4T3 bagi SMK Ghafar Baba dalam memulakan langkah untuk membuat folio kerja kursus rekacipta bagi SPM 2012. Pada bulan ini, murid diarahkan untuk membuat kulit muka hadapan folio bagi memudahkan murid untuk menyiapkan laporan seterusnya.

Bulan ini juga murid mula membuat penyataan masalah yang mana murid dikehendaki memilih salah satu tema dari tiga tema yang diberikan. Kebanyakkan undian yang dibuat, rata-rata murid memilih tema  penyukatan. Diharapkan murid-murid Tingkatan 4t3 dapat menyiapkan folio dalam masa yang diperuntukkan.

Bagi Calon SPM 2011, murid Tingkatan 5t3, pada bulan ini merupakan bulan terakhir untuk mereka menyiapkan folio Kerja Kursus Rekacipta kerana keberangkalian minggu hadapan adalah minggu pentaksiran berasaskan sekolah. Kemungkinan juga pentaksir akan datang memantau kerja kursus mereka, berbanding pada tahun lepas dimana guru membawa folio dan artifak ke BTPTN DI Bukit Katil Melaka.

Diharapkan semua calon-calon Rekacipta, SMK Ghafar Baba dapat memberikan yang terbaik pada diri sendiri, sekolah dan kepada keluarga. SELAMAT MAJU JAYA SEMUA…

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.